top of page

Racun dalam mainan mempengaruhi perkembangan minda anak. Harus berwaspada!

  • Writer: Han
    Han
  • 8 Feb 2018
  • 2 min membaca

Anak anak pasti sukakan mainan yang berwarna warni dan pelbagai bentuk. Ibu bapa pula kadang kala mengambil mudah tentang pemilihan jenis permainan untuk anak. Yang paling teruk ibu bapa hanya mementingkan harga yang murah berbanding faktor lain. Tahukah anda mainan anak anda mungkin dicemari toksik plumbum.


Menurut Centre for Disease Control (CDC), sumber utama keracunan plumbum ialah:

1) Mainan kanak-kanak plastik. Plumbum digunakan untuk melembutkan dan menjadikan plastik lebih fleksibel. Apabila terkena cahaya matahari, udara dan detergen, plastik ini akan menjadi debu mengandungi plumbum tercemar.

2) Warna pada mainan kanak-kanak. Walaupun sudah diharamkan, pewarna tercemar plumbum masih lagi boleh didapati di pasaran. Pada tahun 2014, Kementerian Perdagangan mendapati banyak barangan mainan kanak-kanak yang diseludup masuk daripada China tercemar dengan logam berat plumbum ini.

Plumbum merupakan logam berat yang tidak mempunyai nilai paras yang selamat di dalam badan. Ia sangat toksik kepada sistem saraf, sistem darah dan organ hati dan buah pinggang. Selain itu, kajian menunjukkan plumbum boleh mencemari susu badan dan juga bayi dalam kandungan.


Paras plumbum darah yang tinggi pada wanita hamil boleh menyebabkan keguguran, bayi kurang berat, bayi pramatang dan juga masalah perkembangan kemudiannya pada zaman kanak-kanak. Plumbum juga akan memberi kesan keatas perkembangan minda kanak kanak.


12 Simptom berkaitan keracunan plumbum:


Semua sistem di dalam badan boleh terjejas kerana keracunan plumbum ini. Antaranya:

1) Hilang selera makan

2) Sakit perut

3) Muntah

4) Kurang berat badan.

5) Sembelit

6) Kurang darah merah.

7) Kerosakan buah pinggang.

8) Lesu

9) Masalah pembelajaran

10)Masalah tingkahlaku

11)Kebas hujung kaki dan tangan

12)Hilang memori


4 LANGKAH PENTING PENCEGAHAN


1) Pilih mainan yang berlabel MC ( Malaysian Conformity). Mainan ini mematuhi piawaian keselamatan termasuk bebas plumbum insha Allah.

2) Plumbum sangat minima kesannya jika bersentuhan berbanding melalui sedutan pernafasan ataupun mulut. Maka jauhkan pewarna atau permainan yang mungkin tercemar plumbum daripada anak kecil yang suka masukkan mainan dalam mulut.

3) Elakkan mainan lama terdedah matahari . Buang sahaja jika plastik sudah mengeras dan luluh warnanya.

4) Sepertiga mainan daripada China didapati tercemar plumbum. Elakkan jika mampu. Jika tidak, mungkin perlu lebih penekanan tentang 3 point penting di atas.


Oleh itu kita sebagai ibu bapa seharusnya peka dan lebihkan perhatian dalam memilih mainan untuk anak anak kita. Jangan kerana ingin berjimat, kita sekeluarga menanggung akibatnya. Pemilihan mainan yang betul adalah perlu untuk kesihatan keluarga kita.



Comments


© 2018 Int3tree. Proudly Created with Wix.com

bottom of page