top of page

Menengking Anak, Apa Kesan Jangka Panjang?

  • Writer: Han
    Han
  • 29 Mac 2018
  • 2 min membaca

Semua orang tidak akan terlepas daripada membuat kesilapan samada ibu bapa mahupun anak anak. Apa bila anak membuat sedikit kesilapan, memang kita sebagai ibu bapa akan sedikit hampa dan marah namun jangan sekali kali kita menengking anak. Ini kerana perbuatan menengking anak akan memberi kesan buruk kepada emosi dan juga mental anak tersebut. Kali ini akan dikongsikan kesan buruk apabila menengking anak.



- Kurang percaya diri

Anak yang selalu ditengking akan kurang percaya diri dan tahap konfiden dalam diri akan menurun. Anak akan jadi penakut, suka menyendiri dan tidak terbuka dalam bergaul. Mereka juga akan susah mendapat kawan dan perbuatan menyendiri akibat dari selalu ditengking akan mempengaruhi emosi anak tersebut dalam jangka masa panjang.



-Membantutkan sel otak yang sedang tumbuh

Kenyataan ini ditujukan kepada anak anak kecil yang berusia antara 2 hingga 4 tahun. Memang daripada andaian kita mereka tidak tahu apa apa, namun dari jangka masa panjang, umur tersebut adalah jangka masa untuk pertumbuhan sel otak anak tersebut. Apabila selalu ditengking, akan membantutkan perkembangan otak mereka.


-Lambat faham dan negatif

Perbuatan menengking anak akan membuat anak tersebut menjadi lambat atau lembab dan selalu negatif dengan persekitaran. Mereka juga akan cepat stres dan tidak pandai untuk menguruskan stres tersebut.



- Meniru perbuatan yang sama

Apabila anak selalu ditengking,akan menjadikan anak tersebut terbiasa dengan keadaan tersebut. Perbuatan menengking adalah perbuatan tidak elok dan anak tersebut berpotensi untuk suka menjerit dan kasar dalam pergaulan. Mereka juga sukar untuk mengawal emosi dan mudah marah dalam semua situasi.


- Mengganggu kesihatan

Anak yang biasa ditengking akan terganggu kesihatan mereka terutama sekali dari segi pendengaran dan jantung. Mereka mudah tersentak dan pendengaran akan kurang elok.


Sesungguhnya perbuatan menengking bukanlah jalan yang terbaik untuk menegur anak apabila mereka membuat kesalahan. Bincang dengan tertib, pasti ada jalan lain untuk menyelesaikan masalah.



Commentaires


© 2018 Int3tree. Proudly Created with Wix.com

bottom of page