top of page
Cari
  • Writer's pictureHan

4 Tips Berkesan Didik Si Kecil Yang ‘Lokek’ Untuk Berkongsi Barang

Jika dilihat, adakalanya anak suka bergaduh dek kerana begitu ‘lokek’ atau ‘kedekut’ apabila terpaksa berkongsi barang dengan adik-beradik, sepupu mahu pun rakan-rakan mereka. Anak kecil ini melihat bahawa setiap barang kepunyaannya adalah hak miliknya yang mutlak dan tidak boleh diberikan kepada orang lain walaupun sekadar meminjamkan barang tersebut.


Namun jangan terlalu cepat membuat spekulasi kepada si kecil, mereka mungkin belum mengerti sepenuhnya apa yang dimaksudkan dengan erti "perkongsian". Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam mendidik anak kecil ini untuk belajar berkongsi barang mereka dengan orang lain.


Berikut merupakan 5 tips berkesan untuk didik si manja untuk berkongsi barang dengan orang lain.




1. BERMAIN BERSAMA

Ketika bermain bersama, anak kecil akan dapat lihat mereka dan kita berkongsi peralatan dan mainan dalam keadaan yang gembira.Justeru mereka akan memahami bahawa berkongsi barang itu dapat melipat gandakan kegembiraan mereka bukan sahaja ketika bermain, malah dalam melakukan pelbagai perkara lain juga.


2. TETAPKAN MASA

Ibu bapa juga boleh mengajar anak berkongsi barang dengan menetapkan masa untuk anak bermain atau menggunakan sesuatu barang. Sebagai contoh, abang akan bermain alat mainan dalam masa 15 minit, dan kemudian giliran adik pula bermain permainan tersebut dalam tempoh 15 minit.


Selain daripada belajar untuk mengambil giliran, si kecil sekaligus dapat belajar berkongsi barang dengan orang lain.



3. BERI KEPADA YANG MEMERLUKAN

Berkongsi apa yang kita ada kepada orang lain yang memerlukan adalah amalan mulia yang seharusnya dipupuk dalam diri anak kecil. Sesekali, kita boleh mengajak anak untuk mengumpul barang-barang yang masih elok tetapi tidak lagi digunakan di rumah untuk diberikan kepada individu yang lebih memerlukan.


Cara ini bukan sahaja dapat memupuk sifat pemurah dalam diri anak, malah anak kecil ini akan belajar bahawa perkongsian dapat memberi manfaat buat orang lain juga.


4. BERI PUJIAN

Apabila anak kecil sudah dapat menerima serta memahami konsep perkongsian dan mula berkongsi barang dengan adik-beradik, sepupu mahu pun kawan-kawan mereka, berikan pujian sebagai tanda menghargai mereka.


Pujian daripada kita sebagai ibu bapa sangat mempengaruhi anak kecil dan akan membuatkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak semakin erat.


76 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page