5 Sebab Tidak Boleh Terlalu Manjakan Anak
- Han
- 10 Apr 2018
- 1 min membaca

Semua orang sayangkan anak. Kalau boleh segala yang anak pinta, kita nak tunaikan. Hanya yang dah ada anak je tau perasaan ni tapi tahukah anda manjakan anak ada batasnya kerana apabila terlalu manjakan anak akan mendatangkan kesan yang tidak elok. nak tahu apa sebab tidak boleh terlalu manjakan anak? Teruskan membaca.

-Anak Tak Pandai Buat Apa Apa
Apabila kita terlalu manjakan anak, anak kita akan menjadi tidak pandai buat apa apa. Mana taknya, segala kerja yang dia nak buat sendiri kita halang. Contohnya cuci pinggan, kita halang dan cakap kita akan buatkan. Jadi bagaimana anak itu mahu belajar untuk berdikari?
-Malas
Mana taknya malas, bila lapar ibu suapkan makan, bila habis main ibunya yang kemaskan mainan. Semua benda dibuat oleh ibu bapa kerana "sayang". Sampai satu tahap, anak order je apa dia nak. Mak bapak yang jadi kuli.
-Tidak Belajar Erti Tanggungjawab
Anak bila terlalu dimanjakan takkan dapat belajar erti tanggungjawab dalam diri mereka. Mereka tak tahu setiap yang mereka buat ada kesan dan akibatnya. Jika tidak dididik oleh ibu bapa, mereka tidak akan tahu. Jadi mereka akan kekal lari daripada tanggungjawab kesan dan akibat dari segala perbuatan mereka.

-Hilang Keyakinan Diri
Manjakan anak secara melampau akan membuatkan anak kurang keyakinan diri. Nak buat ini takut salah, nak buat itu takut salah. Tak boleh buat keputusan sendiri. Ibu bapa kena bentuk keyakinan diri anak kerana keyakinan diri bawa pengaruh yang besar terhadap masa depan anak anak.
-Cepat Marah
Anak anak akan menjadi cepat marah apabila tak dapat apa yang dipinta. Selalunya dimanja ibu bapa, minta apa sahaja terus dapat. Jadi apabila minta sesuatu tak dapat, mesti mengamuk.
Kesimpulannya anda mahu anak anda seperti diatas? Nilaikan sendiri cara anda mendidik anak.
Comments