top of page

Cara Meningkatkan Tumpuan Kanak-Kanak

  • Writer: Han
    Han
  • 4 Apr 2018
  • 2 min membaca

Pernah tak anada mengalami situasi dimana anak anda tidak menumpukan perhatian kepada anda apabila anda bercakap atau memberi arahan? Mereka hanya leka dengan aktiviti mereka ataupun hanya mengelamun dan tidak fokus.


Jangan risau, itu bukan perkara besar jika dibendung daripada awal. Kadang kala mereka hanya terleka dan kita sebagai ibu bapa perlu tahu cara yang tepat untuk menarik perhatian mereka. Kali ini kami kongsikan beberapa tips untuk meningkatkan tumpuan kanak kanak dari masa ke semasa.


-Beri Perhatian Untuk Dapat Perhatian

Ini paling penting kerana anak anak biasanya akan mengikut gaya ibu bapanya. Kalau ibu bapa selalu main handphone sehingga mengabaikan anak tersebut, janganlah pula mengharapkan anak tersebut akan beri perhatian apabila kita bercakap dengan mereka. Kita sebagai ibu bapa perlu dahulu memberi perhatian apabila anak bercakap atau menegur kita, barulah mereka akan hormat dan beri perhatian apabila kita pula bercakap dengan mereka.



-Hadkan Waktu Menonton Televisyen

Kaedah lain meningkatkan fokus anak adalah dengan menghadkan waktu menonton televisyen. Ini kerana ransangan yang terlampau dan pendedahan kepada televisyen dan gadget boleh memberi kesan buruk terhadap tumpuan anak anak. Oleh itu cara terbaik ialah mengurangkan masa yang anak luangkan untuk menonton televisyen


-Cara Memuji Yang Betul

Kebanyakan ibu bapa hanya memuji hasil. Apa kata tukar cara memuji dengan berikan pujian walaupun anak berbuat sesuatu dengan tidak betul. Namun fokus pada perkara lain. Contohnya jika anak tidak menulis nama mereka dengan betul, lontarkan pujian kearah lain seperti "Bagusnya kamu pegang pensel dengan kemas". kaedah ini sangat menarik perhatian anak.



-Senaman Yang Kerap

Kajian melaporkan bahawa ibu bapa yang menjadikan senaman sebagai keutamaan akan melahirkan anak anak yang lebih aktif dari segi fizikal. Ibu bapa perlu bersukan selalu dengan anak anak dan mengasingkan hari hari tertentu untuk pergi berjalan atau menunggang basikal bersama. Selain dapat menjadikan anak anak semakin aktif, senaman seperti menunggang basikal juga dapat menguatkan hubungan diantara anak anak dan ibu bapa. Secara tidak langsung senaman bersama anak anak akan memperelok banyak perkara di dalam hubungan kekeluargaan.



Comments


© 2018 Int3tree. Proudly Created with Wix.com

bottom of page