top of page
Cari
  • Writer's pictureHan

Mainkan 6 Peranan Sebagai Ibu Bapa Untuk Mengatasi Keruntuhan Akhlak Remaja

Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kian memuncak akhir akhir ini. Sering kita dengar berita yang menceritakan bagaimana anak anak remaja semakin berani dalam memberontak dan melakukan perkara di luar jangkauan ibu bapa. Penyalahgunaa dadah, ragut, pornografi dan seks bebas antara perkara yang kerap kita dengar tersebar di media massa. Jadi hari ini admin akan kongsikan cara cara kita sebagai ibu bapa dapat mengatasi gejala keruntuhan akhlak dikalangan anak anak kita.





1. Melentur Buluh Biar Dari Rebung. Pepatah ini sering kita dengar yang bermaksud didikan sejak awal ataupun sejak kecil. Anak ini ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya. Didikan yang betul perlu dimulakan sejak anak itu kecil lagi supaya mereka lebih terbiasa dengan persekitaran yang lebih sihat dan mampan.


2. Didikan Agama. Didikan agama ialah komponen paling penting kerana "Islam is the way of life". Agama yang mengajar cara hidup dan pantang larang kita dalam kehidupan. Dapat kita lihat agama selain Islam juga mendorong kearah kebaikan, tiada yang mendorong ke arah kejahatan. Jadi agama amat penting untuk diterapkan dalam hidup anak anak.



3. Pengurusan Masa Dan Jadual. Pengurusan masa yang teratur sangat penting supaya anak anak tiada masa terluang untuk membuat perkara perkara aneh. Pengurusan masa yang sistematik amat membantu anak anak untuk kekal teratur dan masa mereka diisi dengan aktiviti aktiviti yang berfaedah.


4. Bertindak Sebagai Penasihat Dan Pemberi Semangat. Ibu bapa perlu memberi sokongan moral dan penasihat jika anak ingin melakukan apa apa sahaja. Ini kerana kita dapat pantau apa yang mereka ingin lakukan, dapat halang jika mereka terpesong dari jalan yang mereka patut lalui.



5. Pantau Kebebasan Anak Apabila Bergaul. Kenalpasti mereka bergaul dengan siapa dan siapa kawan mereka. Cukup sahaja kenal, jangan berlebihan nanti anak rimas pula dan kita dikatakan mengongkong. Pantau dan tegur mereka apabila mereka bergaul dengan orang yang salah.



6. Luangkan Lebih Masa Bersama Anak Anak. Cari duit itu penting tapi kerja tidak akan habis. Baliklah "on time" dan luangkan masa bersama anak anak. Boleh plan untuk pegi melancong sekeluarga di dalam mahupun di luar negara supaya anak anak tidak berasa terabai dan mencari keseronokan sendiri.

329 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page