top of page
Cari
  • Writer's pictureHan

Berhenti Buat 5 Perkara Ini Untuk Elak Anak Tak Selesa Dengan Anda!!

Updated: 30 Jan 2018

Anak anak akan membesar mengikut peredaran masa. Anak juga manusia, punya hati perasaan dan keinginan. Sering kita lihat anak dan ibu bapanya seakan tidak sebulu ataupun tidak 'ngam'. Selalu berselisih pendapat dan kerap bertengkar. Mengapa ini terjadi?Bukankah sepatutnya mereka perlu rapat kerana hidup didalam satu keluarga? Disini admin ingin bincangkan faktor - faktor yang menyebabkan anak anak kelihatan tidak senang dan membenci ibu bapa mereka.


1. TERLALU 'OVERPROTECTIVE'. Ibu bapa yang terlalu menjaga dan terlalu overprotective pasti akan menimbulkan rasa tidak puas hati anak terhadap mereka. Segala yang dilakukan oleh anak dipantau ketat oleh ibu bapa, akan membuatkan anak tersebut rasa rimas dan jengkel terhadap ibu bapa mereka. Sesekali ibu bapa perlu memberi sedikit ruang dan kebebasan kepada anak anak mereka dengan supervisi yang minima.


2. IBU BAPA TERLALU SIBUK DENGAN KERJA MEREKA. Ibu bapa perlu meluangkan masa dengan anak anak mereka supaya hubungan antara ahli keluarga lebih erat. Kerja tidak pernah akan habis, apakata rancangkan sedikit waktu untuk melancong ke mana mana, pasti isu ini tidak akan berlaku antara ibu bapa dan anak anak.


3. KEKERASAN DALAM RUMAH TANGGA. Tidak kisah kekerasan ibu bapa terhadap anak mahupun antara ibu bapa itu sendiri. Anak anak mendambakan kehidupan yang harmonis antara ahli keluarga. Ketika salah seorang ibu ataupun bapa bertindak kasar kepada pasangan atau kepada anak, maka hal ini kerap menimbulkan dendam dan kebencian.




4. PERBEZAAN CARA BERFIKIR. Anak dan ibu bapa membesar dalam generasi yang berlainan. Pasti cara berfikir dan pendapat juga berbeza akibat dari persekitaran yang tidak sama. Oleh itu ibu bapa perlu belajar untuk menyesuaikan pendapat yang dikemukakan oleh anak, jika bernas apa salahnya.





5. IBU BAPA MERASA SELALU BETUL. Perangai ini akan menimbulkan rasa tidak senang kepada anak anak. Kadangkala ibu bapa perlu toleransi,kurangkan ego dan lebih terbuka supaya anak tidak merasa kekok apabila berdepan dengan mereka. Terima pendapat anak dan tegurlah secara berhemah sekiranya mereka tersilap.

110 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page