top of page
Cari
  • Writer's pictureHan

CARA MUDAH MENGATASI KEMURUNGAN DENGAN CEPAT

Updated: 18 Jan 2018

Kemurungan adalah satu bentuk gangguan emosi paling umum. Gangguan kemurungan sebenarnya merupakan satu penyakit biasa dan lebih umum daripada hipertensi atau diabetes. Murung adalah masalah yang serius dan meningkatkan risiko bunuh diri dari tahun ke tahun jik tidak ditangani dengan segera.

Tanda-tanda dan simpton kemurungan

1. Anda terasa hilang harapan dan tidak mampu ditolong. Kehidupan nampak gelap dan terasa seperti tiada apa-apa yang mampu memperbaiki situasi tersebut.

2. Hilang minat dalam melakukan aktiviti harian dan memilih untuk bersendiri setiap masa.

3. Senang marah dan sentiasa rasa tidak senang. Semua benda/semua orang nampak seolah-olah sengaja menaikkan kemarahan anda.

4. Tidak boleh fokus dan susah untuk mengingati sesuatu perkara.


Terdapat pelbagai cara dan terapi untuk mengatasi kemurungan sebelum bertukar menjadi sesuatu yang serius. Disini kami kongsikan beberapa cara.


-Amalkan hubungan yang sihat dengan orang sekeliling. Luangkan lebih mas bersama ahli keluarga dan rakan-rakan agar tidak merasa keseorangan. Sentiasa berteman untuk ke mana mana supaya anda dapat lupakan masalah yang dihadapi.

-Bersenam setiap hari agar masa anda yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah dan tidaklah dibazirkan dengan memikirkan masalah seharian. Pastikan senaman dilakukan secara berjadual agar tidak terlalu letih untuk melakukan aktiviti harian yang lain

-Amalkan diet yang seimbang. Diet yang seimbang selain menyihatkan badan, juga mempengaruhi emosi seseorang. Setiap apa yang kita makan akan mempengaruhi setiap tindak tanduk kita.

-Baiki penampilan agar setiasa yakin dan bersemangat menghadapi hari hari yang mendatang. Rasa yakin akan menjurus kita untuk berfikir secara positif dan ceria sepanjang hari

35 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page