top of page

Jus Kotak Buahan, Adakah Berkhasiat Untuk Anak ?

  • Writer: Han
    Han
  • 13 Feb 2018
  • 2 min membaca

Updated: 22 Feb 2018


Ketika kita berbelanja bersama keluarga di pasaraya, sering kali anak pinta untuk membelikan minuman. Kita sebagai ibu bapa pun mestilah nak yang terbaik untuk anak anak, lantas kita pun pilih jus buah dalam kotak. Sampai rambang mata sebab kat rak banyak pilihan jus sebegini. Pada pandangan kita, jus buah pasti berkhasiat sebab asalnya daripada buah buahan namun tahukah anda sebenarnya jus buahan dalam kotak lebih tinggi kandungan gula berbanding air bikarbonat?


Jus buahan dalam kotak sebenarnya dikategorikan sebagai JUNKFOOD. Ia adalah makanan ringan yang banyak gula dan perasa tambahan. Kalau jus buah original mana boleh tahan berbulan bulan, pasti cepat rosak tapi jus buahan dalam kotak ni lama pula tahannya. Macam ada udang sebalik batu pula. Mari kita bincangkan apa yang sebenarnya ada dalam jus jenis ini.


Didalamya paling tinggi fruktosa iaitu gula paling toksik! Dalam 200mg jus lebih kurang ada 10% gula fruktosa daripada jumlah jus itu sendiri. Yang paling teruk,oleh sebab kebanyakan serat buahan itu dibuang, anda menyerap hampir semua gula yang ada didalamnya!


Antara kesan buruk pengambilan fruktosa secara berlebihan ialah:


1) Menyebabkan ketagihan gula!

- Ketagihan gula boleh menjurus kepada masalah gigi dan penyakit penyakit lain

2) Membebankan dan merosakkan organ hati.

-Hati ialah organ yang penting dalam tubuh badan kita untuk menapis toksik toksik yang berada dalam badan kita. Jika fungsinya terganggu maka binasalah tubuh badan kita.


3) Meningkatkan asid urik penyebab gout.

- Kebiasaannya penyakit gout menyebabkan seseorang itu sukar untuk berjalan. Asid urik yang terhasil dari pengambilan gula fruktosa yang banyak ialah penyebab gout yang paling utama

4) Meningkatkan kolesterol penyebab penyakit kronik

- Kolesterol seperti yang kita semua tahu amat bahaya jika terlalu tinggi tahapnya. Penyakit kronik akan sering mendampingi kita jika tahap kolesterol tidak dijaga.


So lepas ni anda boleh nilai sendiri baik buruk jus buah dalam kotak ini, adakah baik untuk anak anda. Buat pilihan yang betul, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.


Comments


© 2018 Int3tree. Proudly Created with Wix.com

bottom of page