top of page

JAUHI 4 UCAPAN INI DALAM MENEGUR KESALAHAN ANAK

  • Writer: Han
    Han
  • 24 Jan 2018
  • 1 min membaca

Sebagai ibu bapa, kita perlulah mahir cara berkomunikasi dengan anak anak. Kita perlu faham bagaimana cara untuk menegur anak anak supaya emosi mereka tidak terkesan dan mereka dapat menerima teguran tersebut dengan baik.



1. Itu tidak boleh!

Apa yang anak rasa bila ibu atau ayahnya mengucapkan ini? Dia akan rasa tidak mampu dan tidak berdaya. Ibu bapa hendaklah tahu cara yang tepat untuk menghalang anak berbuat sesuatu.

Jadi, apa yang sebaiknya dilakukan? Gunakan cara yang lebih lembut dalam percakapan dan berikan sebab kenapa kamu melarang mereka melakukan perbuatan tersebut.

2. Kamu tinggal!

Ucapan ini selalu dan banyak digunakan ibu bapa untuk mengugut anak. Tetapi selalunya ia seperti tidak berlaku. Dan anak akan belajar bahawa ayah dan ibu mereka hanya memberi ugutan kosong. Jadi ibu bapa perlu membuat jadual jika hendak membawa anak ke mana mana supaya mereka tahu bahawa ibu bapa akan melaksanakan apa yang mereka kata.


 3. Jangan mengada-ngada, kamu kan dah besar! Memang, keupayaan anak berdikari diperlukan supaya anak boleh membesar dengan baik. Namun ibu bapa perlu faham kadang kala anak itu sengaja ingin mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Ucapan seperti ini boleh menjadikan anak tidak datang atau menceritakan kepada ibu bapa ketika dia ada masalah dan hasilnya, hubungan ibu bapa dan anak akan menjadi renggang.

4. Kamu cakap apa ni! Kanak kanak yang tengah petah bercakap pasti akan bercerita segalanya kepada ibu bapa mereka. Bagi ibu bapa pula, pasti menganggap apa yang anak mereka ceritakan itu tidak penting. Ucapan seperti ini pasti meninggalkan kesan mendalam ke atas emosi anak anak. Sebenarnya tidak ada ibu bapa yang sempurna kerana itu apabila anda mengucapkan ayat-ayat di atas secara tidak sengaja, segeralah minta maaf pada mereka.


コメント


© 2018 Int3tree. Proudly Created with Wix.com

bottom of page