top of page
Cari
  • Writer's pictureHan

BIMBINGAN LENGKAP PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK DARI RUMAH

Pembentukan sahsiah anak perlu bermula dari rumah. Dalam hal ini, ibu bapa ialah orang yang paling penting dalam pembentukan sahsiah anak anak. Ini kerana ibu bapa ialah orang pertama yang berkomunikasi dn mengasuh anak anak sejak lahir lagi.


1. Ibu bapa bertanggungjawab memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak anak. Apa yang dimaksudkan disini ialah ibu bapa perlu memberi lebih tumpuan dan meluangkan lebih masa dengan anak anak supaya mereka lebih rapat untuk berkongsi apa sahaja dengan ahli keluarga mereka dan mereka tidak berasa kekok.





2. Ibu bapa perlu menjadi orang pertama yang mendidik anak itu sendiri. Jangan serahkan sebulatnya kepada pengasuh dan taska. Ini kerana anak anak akan dapat terdedah dengan ilmu pengetahuan lebih awal dan akan memahami ilmu pengetahuan dengan lebih mapan.


3. Ibu bapa perlu menjadi suri teladan yang terbaik. Ibu bapa juga perlu menunjukkan tingkah laku dan perangai yang elok kerana anak anak akan meniru apa yang dilihatnya lebih lebih lagi ibu bapa yang merupakan "role model" pertama mereka.


4. Ibu bapa perlu menjadi penasihat utama ataupun "motivator" kepada anak anak mereka. Ini sebagai langkah utama mengenal pasti masalah yang mereka hadapi dalam proses tumbesaran mereka dan apabila diceritakan masalah, janganlah ibu bapa terus menuding salah kepada anak anak namun perlu diatasi dengan cara yang lebih positif.


5. Ibu bapa perlu mengawasi segala aktiviti anak di rumah mahupun di luar rumah. Perlu mengenal pasti dengan siapa mereka berkawan, apa aktiviti mereka. Ini supaya mereka tidak terjebak dengan masalah sosial yang kian menular masa kini.

90 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page