top of page

Atasi Anak Suka Menjerit

  • Writer: Han
    Han
  • 14 Mac 2018
  • 1 min membaca

Ada satu fasa dalam pertumbuhan kanak kanak dimana mereka sedang mengeksplorasi suaranya. Yang mana mereka akan berasa senang apabila melantangkan suara mereka tak kira tempat pada bila bila masa. Mereka tidak menghiraukan sekeliling. Bagi mereka tiada apa yang abnormal berkaitan perkara ini, tetapi bagi ibu bapa pasti saat ini memalukan terutama apabila anak anak buat perangai di tempat awam. Kali ini kami kongsikan beberapa tips mengatasi anak yang suka menjerit jerit.







Jangan Marah di Depan Orang Ramai

- Nak marah boleh, sebagai peringatan tapi jangan buat depan orang ramai sebab akan mempengaruhi emosi anak anak. Malah lebih teruk lagi jika mereka memberontak dan teruskan perbuatan melantangkan suara tersebut. Bawa mereka ke tempat lain dan nasihati mereka. Cakap baik baik, pasti mereka faham.



Sampaikan Harapan Anda Dengan Jelas

- Contohnya katakan kepada mereka, "Ibu suka lihat kamu bermain, tetapi bukan dengan cara menjerit jerit sebegini. Cuba cakap secara lembut dengan ibu." Pasti mereka akan mengerti dan faham bahawa perbuatan melantangkan suara itu tidak disukai ibunya.


Bawa anak ke tempat yang sesuai untuk menjerit

-Pasti ibu bapa di luar sana pelik melihat ayat ini bukan? Maksudnya jika berkelapangan bawa mereka ke taman, pantai dan tempat tempat yang lebih lapang. Biarkan mereka menjerit di sana dan katakan ini adalah tempat yang sesuai jika ingin menjerit. Bukan di rumah dan di tempat awam yang sesak dengan orang ramai. Cara ini akan membuatkan anak anak nampak beza tempat yang boleh dan tidak boleh menjerit.


Mungkin tidak secepat mungkin mereka akan faham, namun secara perlahan mereka akan sedar dan menuruti apa yang kita perintahkan. Perkara ini mengambil masa dan anda perlu bersabar melayan kerenah si manja.

Comments


© 2018 Int3tree. Proudly Created with Wix.com

bottom of page