top of page

ANAK MENGANTUK DALAM KELAS?TIDAK FOKUS?APA SEBABNYA?

  • Writer: Han
    Han
  • 26 Jan 2018
  • 2 min membaca

Updated: 29 Jan 2018



Seringkali kita dengar anak mengadu mengantuk di dalam kelas, malah guru guru juga perasan kebanyakan anak murid mereka tidak fokus dan mengantuk di dalam kelas. Adakah berkaitan dengan gaya hidup dan persekitaran anak anak tersebut?Mari kita kupaskan apa penyebab anak anak mengantuk dalam kelas.


1. Tidur tidak mencukupi. Apabila tidur tidak mencukupi, anak anak tidak akan berasa segar apabila bangun daripada tidur keesokan harinya. Ini mungkin terjadi kerana pada malam sebelumnya mereka asyik bermain permainan video, gadget dan menonton televisyen. Ibu bapa perlu memantau aktiviti mereka. Jika tidur tidak cukup, tidak cukup rehat, bangun pagi tidak segar mana mungkin mereka boleh fokus didalam kelas kan?


2. Dehidrasi. Air putih amat penting untuk tubuh badan kita. Ia membekalkan oksigen yang mencukupi bagi membolehkan kita kekal tidak mengantuk, tidak letih dan kekal fokus sepanjang hari. Oleh itu galakkan anak anda untuk minum air putih malah bekalkan mereka daripada rumah supaya lebih mudah.


3. Tidak mengambil sarapan. Sarapan merupakan makanan pertama dalam memulakan hari kita. Kebanyakan waktu pagi sehingga tengahari adalah waktu bagi anak anak ke sekolah dan belajar dalam kelas. Jadi sarapan sangat penting untuk memberi tenaga untuk anak anak sementara menunggu waktu rehat dan makan tengahari. Sarapan juga perlulah yang berkhasiat dan kurang minyak.


4. Cuaca yang tidak menentu. Sekarang dapat kita lihat cuaca tidak menentu, sekejap hujan sekejap panas. Cuaca sebegini memang pendorong kepada tubuh badan kita cepat letih, senang dijangkiti penyakit dan kurang fokus. Jadi sebagai ibu bapa kita perlu pandai mendidik anak supaya mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga kesihatan. Pemakanan yang elok dan senaman pasti dapat membantu anak anak lebih imun dan kekal cergas sepanjang hari.


5. ANEMIA (kurang zat besi). Kanak kanak perlukan nutrien yang mencukupi supaya mereka cukup tenaga ketika di sekolah. Zat besi antara nutrien yang penting yang diperlukan oleh kanak kanak. Kekurangan zat besi akan memberi kesan keatas pertumbuhan kanak kanak.


Faktor faktor diatas boleh diatasi dengan pelbagai cara seperti minum air masak banyak, gaya hidup sihat dan pengambilan suplimen. Suplimen minda #int3tree sangat membantu anak anak untuk lebih cerdas dan fokus di dalam kelas. Layari laman sesawang www.int3tree.my dan laman facebook https://www.facebook.com/Int3treeOfficialHQ/ untuk lebih info dan hubungilah agen dan stokis berdekatan anda untuk khidmat nasihat.

Comments


© 2018 Int3tree. Proudly Created with Wix.com

bottom of page