top of page

Anak Bijak Bermula Dengan Keyakinan Diri. Cuba 7 Langkah Mudah Ini

  • Writer: Han
    Han
  • 9 Apr 2018
  • 2 min membaca

Mahu anak bijak dan cerdas? Semuanya bermula dengan pembentukan keyakinan diri dalam sahsiah anak tersebut. Sikap ini penting kerana akan menjdi penanda aras pergaulan dengan rakan sebaya dan tahap ingin tahu anak tersebut. Jika keyakinan diri rendah, tahap rasa ingin tahu anak tersebut juga berkurang.


Adalah penting untuk anak mempunyai keyakinan diri yang positif, mereka ini lebih cenderung untuk mencapai apa yang mereka kecapi. Jadi sebagai ibu bapa bagaimana kita mahu anak kita membesar dengan keyakinan diri yang tinggi dan tahap ingin tahu yang gemilang? Tips tips dibawah mungkin boleh membantu anda.


-Beri Kasih Sayang Tidak Bersyarat

Terima anak anda seadanya dan sayangi mereka walaupun anda tahu apa kelebihan, kekurangan, kebolehan mahupun kelemahannya. Selalu nyatakan anda sayang mereka dan selalulah peluk dan cium anak anak anda agar mereka sentiasa rasa disayangi.



-Beri Perhatian Sepenuhnya

Luangkan masa bersama anak anda selalu dan berikan sepenuh perhatian tatkala berinteraksi dengannya. Jangan hanya leka menonton televisyen dan bermain handphone sahaja. Beri perhatian secukupnya kepada anak anda agar mereka merasa penting dalam diri anda dan kepada keluarga.


-Biarkan Kesilapan Terjadi

Semua orang melakukan kesilapan, termasuklah anda sebagai ibu bapa dan anak anak anda. Jika mereka melakukan kesilapan, jangan pantas menghukum. Namun bimbinglah mereka untuk memperbetul kesilapan mereka agar mereka tidak melakukan kesilapan berulang kali. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dan mereka dapat menerima kesilapan mereka dengan positif.


-Raikan Hal Hal Positif

Galakan amat penting untuk meningkatkan 'self esteem' semua orang termasuklah anak anak anda. Apabila mereka berjaya melakukan sesuatu yang baik, tidak perlu raikan berlebihan, cukup sekadar pujian keatas apa yang mereka telah kerjakan. Sokongan moral memberi impak yang besar kepada perkembangan keyakinan diri anak anak.


-Jadi Pendengar Yang Baik

Apabila anak anda mahu bercakap dengan anda, berikan perhatian kepada mereka walaupun masih pelat dan anda kurang faham point yang ingin disampaikan. Ini untuk membuatkan si kecil merasa buah fikiran mereka berguna dan dihargai oleh anda.


-Jangan Membanding Bandingkan

Jangan sesekali membanding bandingkan anak anda dengan anak orang lain. Setiap anak ada keistimewaan sendiri, jangan disamakan dengan anak orang lain. Perbuatan ini akan menimbulkan rasa rendah diri anak dan mungkin membawa ke arah masalah yang lebih teruk.


-Tunjukkan Empati

Jika anak gagal melakukan sesuatu, tunjukkn empati anda. Beritahu mereka yang mereka ada kelebihan lain, supaya mereka tidak terlalu kecewa dan terus bangkit dengan kelebihan mereka yang lain.




Semoga Bermanfaat!


 
 
 

Comments


© 2018 Int3tree. Proudly Created with Wix.com

bottom of page