6 Simptom Anak Kurang Nutrisi
- Han
- 30 Jan 2018
- 2 min membaca

Anak anak perlu nutrisi yang mencukupi untuk membesar. Tanpa nutrisi yang mencukupi, anak akan terganggu emosi dan mental malah tumbesaran mereka juga terganggu. Ibu bapa perlu memantau kadar nutrisi yang diperlukan oleh anak anak mereka supaya anak mereka dapat membesar dengan sihat. Disini kami kongsikan beberapa tanda bahawa
anak anda kekurangan nutrisi.

1. Murung, tidak ceria dan kuat meragam. Anak anak yang murung dan tidak ceria merupakan salah satu tanda mereka kehilangan nutrisi. Mereka juga kurang aktif dan selalu tidak peka dlam melakukan sesuatu.
2. Kerap sakit. Selsema dan demam mudah menyerang anak yang kurang nutrisi. Ini menunjukkan sistem imun mereka tidak kuat akibat kekurangan nutrisi.
3. Terlalu kurus atau terlalu gemuk. Jika nutrisi mencukupi untuk seseorang kanak kanak, berat badan mereka akan kekal pada yang ideal. BMI mereka akan stabil dan mereka tidak terlalu gemuk ataupun kurus. Kekurangan nutrisi boleh mendorong mereka cepat merasa lapar dan kerap makan ataupun dalam situasi lain, mereka hilang selera makan sehingga kurang makan dan terlalu kurus

4. Hyperaktif. Jika anak anda hyperaktif, kemungkinan besar anak anda kekurangan nutrisi yang diperlukan. Kanak-kanak hiperaktif cenderung untuk mempunyai kekurangan bakteria flora dan mempunyai sistem pencernaan yang lemah. Ia akan menybabkan tubuh mereka sukar untuk menyerap nutrien yang berbeza. Disebabkan hiperaktif ini mempunyai kaitan juga dengan penghadaman, maka salah satu cara semulajadi untuk membantu mengatasi masalah hiperaktif adalah dengan membetulkan kembali sistem penghadaman.
5. Susah bangun pagi. Nutrisi seperti kalsium amat penting untuk membolehkan anak anda tidur lebih lena dan mendapat rehat yang mencukupi. Kekurangan kalsium menjadi penyebab anak kurang rehat dan susah bangun pagi. Cara mudah membolehkan anak cukup kalsium ialah dengan memberi mereka minum susu sebelum tidur.
6. Kulit dan rambut kering. Kulit dan rambut yang kering boleh dikaitkan dengan kekurangan vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E, dan K2. Vitamin vitamin ini yang akan membantu kulit dan rambut anak anda sentiasa kelihatan sihat dan bersinar. Pengambilan air kosong juga penting dalam mendapatkan rambut dan kulit yang sihat.
Comentários