5 CARA TERBAIK BERCAKAP DENGAN ANAK SUPAYA MENDENGAR KATA
- Han
- 18 Jan 2018
- 1 min membaca
Cara ibu bapa bercakap dengan anak mereka mempengaruhi segala tingkah laku anak tersebut. Ibu bapa merupakan model utama kepada anak anak mereka kerana segala tingkah laku mereka akan ditiru oleh anak anak dalam proses tumbesaran. Jadi ibu bapa perlu memainkan peranan penting dlam komunikasi seharian dalam keluarga.
1. SEBUT NAMA MEREKA DENGAN LEMAH LEMBUT. Nama yang kit pilih sat anak dilahirkan ke dunia pasti mempunyai maksud yang elok elok. Secara tidak langsung memanggil nama mereka secara lemah lembut bukan sahaja membuat mereka mendengar kata malah menjadi doa ibu bapa dari maksud nama tersebut.
2. GUNAKAN BAHASA YANG POSITIF. Cuba untuk kurangkan perkataan 'jangan' dan 'tidak boleh' dalam komunikasi. Gunakan ayat yang meminta mereka membuat sesuatu berbanding ayat melarang.
3. JANGAN MEMBEBEL. Kurangkan membebel dan anak anda akan lebih mudah mendengar kata.

4. BERI PERHATIAN KEPADA APA YANG MEREKA SEDANG LAKUKAN. Jika mereka sedang fokus dan leka melakukan sesuatu perlu ambil perhatian mereka dahulu sebelum berkomunikasi.
5. PERLU BERTOLAK ANSUR. Jika mereka melawan apabila menerima arahan, perlu bertoleransi dan memberi sebab mengapa mereka perlu membuat sesuatu itu.
Comments