top of page
Cari
  • Writer's pictureHan

5 Cara Ringkas Mendidik Anak Autisme

Autisme ialah istilah yang merujuk pada sekumpulan gangguan perkembangan yang mempengaruhi otak. Gangguan pada otak ini akan menjejaskan kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, menjalin hubungan dengan manusia lain, dan mempunyai kecenderngan utuk mengulangi tindakan.



Secara fizikal,kanak kanak yang menderita autisme sama sahaja seperti kanak kanak normal yang lain. Perbezaan hanya dapat dilihat dari segi kelakuan dimana mereka lebih suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh dan tidak sabar menunggu giliran. Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah :



- Lebih suka bermain sendiri


- Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang lain


- Suka mengulangi perkataan yang sama


- Ralit dengan benda yang berputar dan berpusing


- Tidak boleh duduk diam


- Bersikap pasif


- Kurang tumpuan kepada persekitaran


Namun usah khuatir, segala masalah ada penyelesaian. Dengan pendekatan yang betul, anak anak autismedapat belajar dan berdikari dengan sendiri. Berikut ialah penerangan cara cara menghadapi dan mendidik anak anak autisme:




1) Gunakan cara yang mudah difahami untuk berinteraksi, contohnya gunakan gambar atau susunan jadual untuk berinteraksi. Ajar anak cara yag sesuai untuk meminta atau meminjam barang dengan gaya komunikasi dan hubungan yang baik supaya dia tidak kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaan tidak dipenuhi.


2) Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak supaya kita lebih senang untuk berinteraksi dengan mereka.


3) Gunakan konsep pembayang awal. Contohnya jika mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak kanak itu bersedia. Jangan terus berhenti kerana mereka menghadapi masalah mengenali konsep masa.


4) Ajar anak membantu aktiviti di rumah seperti kemas bantal, kemas buku dan mengangkat kain di jemuran. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.


5) Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka supaya keadaan yang teratur akan membolehkan mereka lebih mudah dididik termasuklah pilihan seperti kedai yang mahu dikunjungi, pilihan baju dan aktiviti masa lapang.




105 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page