top of page
Cari
  • Writer's pictureHan

4 CARA MENGUBATI ULCER MULUT DENGAN CEPAT


Masalah ulcer mulut kerap kali melanda dalam hidup kita semua. Bukan sahaja orang dewasa malah kanak - kanak juga selalu menghadapi masalah ini. Apabila terkena ulcer mulut pasti selera makan akan terbantut dan anak kecil akan menangis menahan kesakitan. Disini kami ingin kongsikan cara muda bagaimana cara mengatasi masalah ini menggunakan bahan bahan di sekeliling kita sahaja.


1. MADU

Madu memiliki sifat antibakteria yang sangat baik untuk menghilangkan ulser mulut. Ia membantu mengekalkan kelembapan mulut dan menggalakkan proses pembentukan tisu baru. Sapukan sedikit madu asli pada tempat yang terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut. Insha allah dalam beberapa hari ulcer tersebut akan sembuh.


2. ALOE VERA

Gel aloe vera turut memiliki sifat anti-oksidan di samping sifatnya yang sejuk yang memulihkan rasa sakit dengan hampir serta-merta. Aloe vera atau daun lidah buaya mempunyai pelbagai manfaat dan salah satunya melegakan ulcer mulut.


3. KUMUR LARUTAN ANTISEPTIK

Larutan antiseptik dapat membantu mencegah bakteria daripada menjangkiti luka ulser. Terdapat pelbagai jenama larutan antiseptik di pasaran antaranya Listerine, Colgate Plax dan lain lain. Larutan antiseptik ini membersihkan dan menyegarkan mulut kita dan juga membasmi kuman punca ulcer mulut ini terjadi.


4. LARUTAN GARAM

Kumurkan mulut dengan air garam selama 30 saat. Ulangi 2-3 kali sehari. Konsentrasi sodium klorida yang tinggi akan menggalakkan proses osmosis, lalu membantu mempercepatkan luka ulser untuk sembuh.


Ulcer mulut menyebabkan mulut kita terasa pedih ketika makan dan selera makan pasti hilang. Semoga perkongsiaan kami pada kali ini bermanfaat untuk semua. Assalamualaikum.

24 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page